Latar belakang Sonoko Suzuki

Sonoko adalah anak perempuan bongsu kepada pasangan hartawan Tomoko dan Shiro Suzuki, keluarga yang sangat kaya mempunyai syarikat besar. Dia mempunyai seorang kakak bernama Ayako, dan bapa saudara yang bernama Jirokichi, yang sering terlibat dalam usaha untuk menawan Kaito Kid.

Sonoko dan Ran telah berkawan baik sejak mereka kecil lagi. Sonoko sering ada untuk membantu Ran apabila dia dibuli oleh kanak-kanak sekolah yang lain, bahkan lebih kerap daripada Shinichi. Walaupun Ran tahu bahawa Sonoko mempunyai wang yang banyak, dia sentiasa memastikan bahawa wang tidak pernah menjadi ukuran dalam persahabatan mereka. Ran tidak akan bermain ski semasa percutian dengan Sonoko kerana dia tidak mempunyai wang, apabila dia tahu bahawa Sonoko akan membayar untuk dia pergi. Bersama-sama dengan yang lain, telah membantu mengukuhkan ikatan antara kedua-dua Ran dan Sonoko.

Perhubungan dengan Makoto Kyogoku

Pada awalnya Sonoko merupakan seorang gadis yang nakal dan suka memikat lelaki yang memiliki perawakan menarik pada pandangannya. Dia gemar mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian lelaki, termasuklah berpakaian cantik, membuatkan coklat, memakai bikini serta menghadiri acara-acara yang selalu dihadiri oleh lelaki muda. Sonoko selalu cemburu apabila lelaki yang diminatinya menunjukkan minat terhadap Ran, walaupun hal ini tidak pernah mengganggu persahabatan mereka.

Walau bagaimanapun, situasi ini berubah apabila Sonoko dipertemukan dengan Makoto Kyogoku, seorang jaguh karate dari Sekolah Tinggi Haido. Pada mulanya Makoto terlihat Sonoko bersorak dengan penuh semangat untuk Ran dalam satu kejohanan seni mempertahankan diri, lalu tertarik untuk mengenalinya. Tidak lama kemudian, Sonoko diburu oleh seorang pembunuh bersiri yang mengesyaki dia telah merakam gambar pembunuhan yang terbaru (di mana sebenarnya tidak) dan mahu menutup mulut Sonoko yang berkemungkinan menjadi saksi, sekaligus membunuhnya kerana dia membenci gadis berambut perang.

Makoto tiba pada saat genting dan menyelamatkan Sonoko, membuatkan Sonoko mula jatuh hati kepadanya. Namun, penglibatan Makoto yang berterusan dalam kejohanan-kejohanan seni mempertahankan diri serta mengikuti pengajian di luar negara tidak memberikannya peluang untuk menemui Sonoko selalu. Sonoko sentiasa berusaha menjaga agar mereka dapat sentiasa berhubung, antaranya dengan menghantar hadiah dan perhiasan yang dia buat sendiri, dan Makoto sentiasa setia kepadanya. Namun Makoto selalu terperangkap dalam rancangan romantik Sonoko yang nakal. Dia juga merupakan seorang yang agak konservatif dan kurang senang apabila melihat Sonoko mengenakan pakaian yang terdedah, dan akan menegurnya.

Kemahiran seni bela diri yang dimiliki Makoto telah banyak membantu menyelamatkan Conan, Ran dan Sonoko sendiri dalam keadaan yang genting.

Walaupun Sonoko masih mudah tertarik kepada lelaki lain, dia tetap setia kepada Makoto dan cuba menjadi seorang teman wanita seperti yang sepatutnya, termasuklah membuat hadiah untuk Makoto dan mengatur rancangan yang romantik.

Watak
Manga
Jilid 1-10 • 11-20 • 21-30 • 41-50 • 51-60 • 61-70 • 71-80 • 81-kini
Episod
Episod 1  • Musim (1 • 2 • 3 • 4 • 5 • 6 • 7 • 8 • 9 • 10 • 11 • 12 • 13 • 14 • 15 • 16 • 17 • 18 • 19 • 20 • 21 • 22 • 23 • 24 • 25 • Istimewa • Lupin III vs Detektif Conan
Filem